Jom Kenali Phishing Site Facebook - Laptop Baling
SUBTOTAL :

Follow Us

hacking
Jom Kenali Phishing Site Facebook

Jom Kenali Phishing Site Facebook

Short Description:

Product Description


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Admin nak kongsi sedikit maklumat tentang Phishing.

Pendahuluan:

   Di dalam dunia Computer Security, Phishing adalah satu perbuatan yang jahat yang mana proses phishing ini mengumpul maklumat informasi yang sensitif seperti Username dan Password.

   Yang lebih membahayakan lagi, Hacker menggunakan phishing site untuk mengumpan mangsa memasukkan maklumat kad kredit dan maklumat peribadi.

   Pelbagai teknik dan cara yang dilakukan untuk menarik minat pembaca supaya memasukkan maklumat yang dikehendaki.

   Pelbagai kesan negatif yang akan terjadi apabila maklumat anda diceroboh. Bayangkan gambar-gambar privacy anda yang disorok di dalam facebook, twitter, instagram dan lain-lain dicuri oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Ini menyebabkan AIB anda terdedah disebabkan
kesilapan yang sikit sahaja.

Berikut adalah sebuah Phishing Facebook yang admin baru jumpa sebentar tadi.
dan Admin membuat sedikit analisa dan pencerahan kepada anda:


Hacker memancing dahulu dengan menggunakan sebuah blog yang
menyediakan tutorial menggunakan aplikasi facebook

Website phishing akan keluar apabila mangsa menekan link chibi.facebook.com tersebut.
Berikut adalah bukti pengesahan phishing site yang anda perlu elak!!.

Bukti berikut iaitu login.php membuat redirect ke laman yang
dikatakan mempunyai tutorial aplikasi tersebut.

Admin membuat checking terhadap laman http://avatar-chibi.tk/login/
Jikalau anda menggunakan Google Chrome, InsyaAllah anda mungkin selamat.

Tips untuk elak Phishing Site:

1. Pastikan Url yang anda kehendaki tepat seperti

https://www.facebook.com atau https://m.facebook.com (Mobile)

bukan pula seperti

http://www.fakeboook.com atau lain-lain.

2. Sentiasa menggunakan browser yang UP TO DATE seperti Google Chrome. Ada yang masih menggunakan Internet Explorer. Sila bertukar kepada browser lain supaya privacy anda lebih selamat.

3. Pastikan anda menggunakan Antivirus up to date serta popular seperti Kaspersky dan lain-lain.

4. Elak dari melawati link dari seseorang yang anda tidak kenali. Sekaligus anda mungkin dapat mengelak komputer anda dijangkiti virus atau malware.

*tips elak phishing tak banyak pun sebenarnya, cuma anda perlu berhati-hati. Jangan tergopoh-gapah untuk melawati sesebuah website dengan memasukkan maklumat peribadi anda termasuk username dan password. Semak dulu samaada link url tersebut BETUL ATAU BOHONG. :)




0 Reviews:

Post Your Review