Bagaimana untuk membuat Instalasi FEDENA pada Operating System Windows 7/8 - Laptop Baling
SUBTOTAL :

Follow Us

Open Source Software Tutorial
Bagaimana untuk membuat Instalasi  FEDENA pada Operating System Windows 7/8

Bagaimana untuk membuat Instalasi FEDENA pada Operating System Windows 7/8

Open Source Software Tutorial
Short Description:

Product Description


Assalamualaikum.

Hari ni, saya nak kongsi tutorial bagaimana untuk menginstalasi FEDENA di dalam Windows 7/8.

Sebelum tu, Jom kenali lebih rapat apa yang ada di sebalik FEDENA ni?


Fedena atau Project Fedena ini adalah Sistem Pengurusan Sekolah yang percuma iaitu Open Source.
Sistem bergerak di atas Program "Ruby on Rails". 

Siapa yang mencipta FEDENA ini?


Sebuah kumpulan di dalam Foradian Technologies. Foradian Technologies ni yang selalu duk cipta sistem yang lebih kepada Education Information Sistem. Kalau nak tahu, Foradian Technologies ni berada di  India. Admin tak pasti sama ada di  Bangalore, Karnataka, atau Kasaragod.

Apa Objektif/Kelebihan FEDENA? 

Memudahkan kepada sekolah untuk menyimpan maklumat Murid/Pelajar, Guru dan Staff.
Memudahkan kepada Guru untuk menyemak maklumat pelajar.
Memudahkan kepada Ibu Bapa untuk menyemak rekod anak/pelajar di sekolah. 
Memudahkan kepada Staf untuk menyampaikan berita dan maklumat terbaru di dalam FEDENA.

dan banyak lagi Objektif/Kelebihan FEDENA.

Apakah keperluan yang perlu ada untuk memasang FEDENA?

1. Ruby
2. Mysql
3. Fedena Bundle

Langkah demi langkah untuk memasang FEDENA :

1. Install Ruby.(rubyinstaller-1.8.7-p374.exe).
Sila muat turun file tersebut dan semasa install ruby ni, jangan lupa untuk menanda “Add Ruby executables to your PATH” , "associate .rb" and ".rbw files"

Sila muat turun file tersebut. Semasa install jangan lupa menanda essential version.
Selepas install , copy file libmysql.dll dari direktori Mysql yang kebiasaannya berada di dalam (C:\Program Files (x86)\MySQL\MySQL Server 5.0\bin) kemudian paste ke dalam direktori Ruby yang kebiasaannya berada di dalam (C:\Ruby\bin).

Semasa install jikalau anda telah melengkapkan sekali password root, pastikan anda ingat password root tersebut kerana anda akan menggunakan password tersebut pada langkah seterusnya.
*jikalau tidak menetapkan password root, atau dibiarkan ruangan kosong,(abaikan)

  • Muat turun file FEDENA Bundle kemudian extract di dalam direktori Local Disk C seperti (C:\Fedena).
  • Bukak command promt(CMD.exe) dan tukar directori kepada C:\Fedena.Caranya seperti ini. "cd C:\Fedena" .

4. Kemudian di dalam CMD C:\Fedena. Sila ikut langkah seterusnya dengan menggunakan Command list seperti berikut.




  • gem update --system 1.3.7
  • gem install bundler
  • bundle install --local


  • 5. Kemudian pergi ke direktori Mysql iaitu di dalam config/database.yml dan ubah password root anda. Password root tersebut ialah password root mysql yang anda tetapkan terdahulu. Jikalau password anda Abc123, sila tukar foradian ke Abc123.

    ...............................................................
    development:
          host: localhost
          adapter: mysql
          database: fedena_ultimate
          port: 3306
          username: root
          password: foradian
    test: &test
          host: localhost
          adapter: mysql
          database: fedena_two_new
          port: 3306
          username: root
          password: foradian
    production:
          host: localhost
          adapter: mysql
          database: fedena_ultimate
          port: 3306
          username: root
          password: foradian
    cucumber:
      <<: *test
    ...............................................................

    6. Sila ke direktori FEDENA(C:\Fedena) anda melalui CMD.exe atau Command Prompt. "cd C:\Fedena" kemudian sila masukkan command list yang disediakan dibawah.

    • rake db:create
    • rake db:migrate
    • rake fedena:plugins:install_all
    • mongrel_rails start -p 80 -d

    7. Siap sudah FEDENA anda. Anda boleh lihat http://localhost atau http://127.0.0.1

    Jika ada komen.. sila nyatakan komen anda di posting ini. ;)

    0 Reviews:

    Post Your Review